Wednesday 18 September 2013

TANDEM NURSING???



Aku salah seorang yang mengamalkan Tendem Nursing..  Apa itu Tendem Nursing?? Mungkin ade yang tahu and ade yang tak tau.. Tak pe.. Aku nak bagitahu gek..hehehe...

Tendem Nursing merupakan satu istilah yang di gunakan merujuk kepada perbuatan menyusukan 2 anak atau lebih yang bukan kembar dalam satu masa.  Atau perkataan yang mudah paham ibu menyusukan anak yang tua bersekali dengan anak yang baru lahir.  Kira berkongsi nenen ibu dengan adik beradik (kakak/abang) la..huhuhu


Mula2 aku ragu-ragu jugek la nak lakukan Tendem Nursing ni. So aku pon cari la info tentang hukum Tendem Nursing ni.. So hasil pencarian aku menguatkan lagi niat untuk melakukan Tendem Nursing ni..  Tapi Thaqif tak la fully bresfeeding lagi..  Dia dah minum susu formula start aku mengandung.  Bab aku tau Thaqif tak cukup dengan bergantung susu badan sepenuhkan ketika aku sedang hamil..  Sebab hormon2 kehamilan telah merencatkan penghasilan susu sehingga tidak mampu lg untuk meghasilkan susu yang cukup untuk Thaqif..Demi memenuhi kehendak ibu dan anak, aku tetap susukan dia sehingga sekarang dan mungkin sehingga usia nya 2 tahun. Ade juga doc nasihatkan supaye stop kn brestfeeding thaqif.. Tapi atas kedegilan aku.. Aku tetap susukan thaqif jugek..huhu  Tengok dia ok n releks jerk menyusu badan.. So, itu dah cukup mengambarkan yang dia berpuas hati menyusu badan walaupun keluar setitik setitik. Hehe.. 


Hasil Pencarian mengenai hukum tendem nursing bersama En Google kesayangan aku.. Ni la aku dapat...


Dari segi hukum, Islam tidak melarang ibu meneruskan penyusuan kepada bayi mereka sekiranya mereka di dapati mengandung.  Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w bersabda " Aku pada mulanya berhasrat menegah Al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)" (HR Imam Muslim dari Judamah Binti Wahab Al-Asadiyyah r.a)


Hasrat Nabi s.a.w  menegah perbutan tersebut adalah kerana di bimbangi perbutan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu.  Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi;  susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukai dan  mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya.  Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya.  Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda.  Imam An-Nawawi menegaskan; "Di dalam hadis ini terdapat keharusan Al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya" (Lihat; Syarah Soheh Muslim, Juz 10, Kitab An-Nikah, bab Jawaz Al-Ghilah..) 


Walahu a'lam....

So, tak perlu risau lagi la untuk menyusukan Thaqif.  Hehehe...


Lagi satu sape2 nak wat tendem nursing mase hamil kene la pastikan diri anda tidak tergolong dalam golongan yang berisiko untuk tendem nursing ni yerk..


Golongan yang di maksudkan berisiko dan tak di galakkan tendem nursing atau penyusuan ketika hamil adalah seprti berikut :-

  • Ibu yang pernah melahirkan bayi pra matang
  • Hamil Kembar
  • Menunjukkan tanda2 melahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan (Patot di beri perhatian kerana oksitosin boleh merangsang kontraksi dan boleh menyebabkan kelahiran pra matang)
  • Pernah keguguran
  • Mengalami pendarahan ketika hamil
  • dan lain2 kehamilan berisiko tinggi
Menurut kajian rahim tidak memahami "mesej" daripada oksitosin untuk memulakan kontraksi sehinggalah kandungan berusia lebih kurang 24 minggu.  So penyusuan sehingga kandungan berusia 20 minggu masih di anggap selamat.  So tak perlulah tergesa-gesa hentikan penyusuan anak sebaik sahaja mengetahui diri hamil. Boleh lah amik time ajar anak susu formula plak... Bagi yang ingin teruskan Tendem Nursing macam aku ni. Meh ler kita mengambil perkara2 di bawah bagi menjamin perkembangan kandungan yang sempurna, kesihatan ibu dan emosi anak yang menyusu.




Perkara yang perlu di tekan sekiranya ingin meneruskan Tendem Nursing atau penyusuan ketika hamil ialah :-

  • Sejarah perubatan
  • doktor mengesahkan yang kandungan anda berada dalam keadaan Ok dan boleh meneruskan penyusuan.
  • tahap keselesaan fizikal dan emosi
  • Usia anak dan keperluan penyususan (jika menyusukan anak yang berumur kurang dari enam bulan sewaktu hamil, anda perlu memantau perkembangan dan pertambahan berat badannya. Jika perkembangan nya tak cantik kene la campur dengan susu formula jugek yerk)
  • Pengambilan makanan berkhasiat
  • Mendapatkan berat badan yang sesuai/ideal
  • Mempunyai dan menikmati masa rehat yang mencukupi.
Selain itu, penting juga bagi ibu-ibu yang ingin melakukan tendem nursing ketika hamil tahu bahawa :-

  • Penyusuan sewaktu mengandung tidak akan menghalang janin mendapatkan zat makanan yang di perlukan
  • Ia tidak akan melemahkan tubuh ibu
  • Anda mungkin akan berasa letih dan tidak bermaya.  So rehatlah secukupnya.
  • Kita juga akan mengalami rasa sakit pada puting kerana puting menjadi lebih sensitif ketika hamil.
  • Amat penting bagi ibu2 mengambil makanan atau menepati diet mengikutkeperluan piramid makanan yang betul .  Minum air mengikut kuantiti yang di perlukan badan
  • Sewaktu mengandung kebanyakkan ibu akan mengalami masaalah dalam penghasilan susu di sebabkan oleh perubahan hormon.
  • Sewaktu trimester kedua, susu ibu akan bermula menjadi kolostrum.  Kuantiti dan rasa susu akan berubah secara mendadak.
  • Perlu di ingat, setelah anak berumur satu tahun,  susu bukan lah lagi diet utama anak.  Penyusuan pada waktu ini lebih kepda pengisian emosi yang tiada tolok bandingnya.
  • Ada sesetengah doc yang kurang support BF apatah lagi Penyusuan ketika hamil ini, So cubalah dapatkan pendapat kedua atau ketiga dari gynea yang berbeza, juga dapatkan pandangan dari pakar laktasi berkaitan isu ini.
  • Ada sesetengah pendapat mengatakan kalau hamil dan menyusukan anak, boleh mengakibatkan bayi dalam perut tak dapat zat yang mencukupi.  Setakat ini tiada kajian menyokong pendapat ini, anak anda tidak mencuri kolostrum dan lain-lain khasiat daripada adiknya yang masih dalam perut jika anak menyusu, kerana badan anda tahu yang mana perlu didahulukan.  Di sini uniknya ciptaan Allah di mana badan ibu itu sendiri akan menyalurkan zat yang secukupnya mengikut keperluan kandungan, susu untuk si anak dan keperluan ibu sendiri dengan syarat ibu itu mengambil makanan seimbang, menjaga kesihatan dengan baik dan mendapat rehat uang secukupnya dan sentiasa berdoa agar Allah permudahkan segalanya.
  • Jika ada yang mengatakan penyusuan boleh mengakibatkan keguguran, mungkin benar jika anda tergolong dalam golongan yang berisiko tetapi jika sebaliknya dan doc gynea mengesahkan yang anda selamat untuk meneruskan tendem nursing. InsyaAllah dengan izin Allag semuanya akan selamat.
Banyak juga lah pertayaan tentang menyusukan Thaqif ketika mengandung ni.  Kebanyakkan tak bagi aku susu kan si Thaqif ni..tapi jawapan aku cume "Senyuman" jerk la..  Hahaha...

Pas ni cabaran susukan dua anak yang bukan kembar pulak..  Mesti byk lagi pertanyaan nye.. N kata2 yang kekadang menyakitkan hati.. Tak pe..  Aku hanya balas dengan senyuman juga lah.. Yang pasti aku tau ape yang betul ape yang tak. Ape yang boleh n ape yang tak boleh wat..  Bab En. Google aku kan ade..hehehe.. Tapi bukan bergantung harap pada en google jerk...  Mesti la nasihat dari Doc yang pakar dalam hal ini lebih penting berbanding yang hanya bergantung pada kata orang dulu2.. Tapi kekadang kata orang dulu2 pon ade benarnya.  Kene la pandai dalam pencarian ilmu yerk kawan2..



Jangan jadi macam ni sudah ler..hehehe


No comments:

Post a Comment