Thursday 19 September 2013

DUKTUS TERSUMBAT VS MASTITIS

Duktus tersumbat dan mastitis adalah perkara yang berkaitan dengan masalah penyusuan.

Ok aku nak bagitau ape yang di maksudkan dengan Duktus tersumbat dan mastitis.  Aku pon baru gek cari info mengenai masaalah ni.  Bab aku pernah alami nye semasa fully bresfeeeding Thaqif dulu.

DUKTUS TERSUMBAT (Ketulan sakit)



Terdapat 2 jenis duktus tersumbat. Jika anda mengalami benjolan bengkak di buah dada dan berasa sakit, lazimnya di setai radang kemerahan yang bertompok pada kulit berdekatan benjolan itu.  Ini di katakan "duktus susu tersumbat".  Malah duktus ini sebenarnya tidak tersumbat tetapi tisu di sekitar duktus susu itu radang dan menekan duktus tersebut.  Duktus tersumbat sebenarnya adalah martitis peringkat awal.

Duktus yang betul-betul tersumbat jarang berlaku dan selalunya berlaku dalam beberapa minggu atau bulan selepas ibu mula menyusukan.  Biasanya benjolan/ketulan sakit dan kadang-kadang terdapat juga tompok merah.

Pada peringkat awal, mungkin tiada jangkitan kuman yang  berlaku.  Namun, jika di biarkan tanpa rawatan, bakteria boleh menjakiti kawasan tersebut dan akhirnya, duktus susu tersumbat tadi akan bertukar menjadi martitis.

Kita boleh kesan Duktus susu tersumbat ini apabila dapati ada ketulan bengkak dalam payudara serta tompok merah di kulit payudara berdekatan ketulan itu.  Ketulan itu, mungkin menyakitkan apabila di tekan.. 

Masaalah duktus tersumbat boleh di selesaikan dengan memastikan bayi anda menyusu dengan efektif. Untuk melakukan nya bayi anda mesti melekap pada dada anda dengan rapat.

Buat masa ini ingatlah bahawa :-
  • Penting untuk terus menyusukan bayi anda walaupun ianya menyakitkan.  Menyusulah sekerap mungkin dan elakkan masa panjang di antara penyusuan.
  • Mempelbagaikan posisi penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik.
  • Mengambil panadol boleh membantu melegakan keradangan dan kesakitan.
  • Mengunakan brest pump selepas penyusuan boleh membantu mengeluarkan susu.
  • Mengurut buah dada anda sebelum dan selepas penyusuan adalah sangat efektif.
  • Meletakkan kain yang hangat atau sejuk di buah dada, bermandikan air panas dan urutan lembut juga boleh membantu.
Kadang2 aliran susu anda pada buah dada yg terjejas itu lebih perlahan daripada biasa dan ini mungkin menyebabkan bayi menjadi cerewet apabila menyusu pada buah dada tersebut.  Ia tidak akan menjejaskan bayi anda.

Adalah sangat penting untuk menyusukan bayi anda supaya bayi anda dapat menyalirkan buah dada anda dan mengeluarkan semua susu dan anda boleh mengelakkan daripada menghadapi martitis.

MASTITIS (Keradangan Buah Dada)




Mastitis adalah keradangan buah dada yang mungkin (dan kadangkala cepat) menjadi infeksi.  Ia akan membuatkan anda berasa seperti anda di jangkiti selsema pada masa-masa anda amat memerlukan seluruh tenaga anda.  Anda akan mendapati keadaan radang, keras, sakit atau panas dan bengkak di kawasan yang di jangkiti. Selain itu anda akan merasakan benjolan/ ketulan kecil sama seperti keadaan duktus tersumbat.

Tanda2 mastitis yang sering berlaku dan serius termasuk seram sejuk, sakit kepala, suhu badan melebihi 38.5 darjah C dan keletihan.  Simptom2 ini desebabkan oleh kongesi tisu di sekitar kawasan jangkitan.

Mastitis yang berasal dari infeksi mengkin berlaku disebabkan stasis susu atau serangan kuman.

Bukan hanya boleh di jangki oleh ibu2 yang fully bresfeeding tapi sesetengah ibu yang memberi susu formula juga boleh di jangkiti.  Mastitis juga jarang melibatkan kedua-dua buah dada pada satu masa.

Selalunye terjadinya mastitis ni di sebabkan bayi tidak mampu mengosongkan buah dada sepenuhnya semasa dia menghisap.  Biasenye punca masaalah terletak pada cara bayi melekap ke dada semasa menyusu.  Jika anda n bayi kurang tahu bagaimana lekapan dengan baik, susu tidak akan disedut keluar dengan efisien. Selain itu, tidak menyusukan mengikut rutin berjadual atau trauma kepada buah dada adalah salah satu punca terjadinya mastitis.

Cara merawatnya mudah jerk "jangan berhenti menyusu".  Jika anda berhenti penyusuan bayi ia akan lebih memudaratkan.  Jika anda berjumpa dengan doc, dia akan memberikan anda antibiotik.  Selain itu, doc akan menasihati anda supaya berbaring dan rehat, mengambil ubat penahan sakit dan bertuam di buah dada yang sakit.

Ada juga ibu yang enggan mengambil antibiotiksehingga mereka telah pasti tiada rawatan lain yang ada.  Apa yang penting adalah pengawasan diri sebab jika mastitis itu tidak beransur sembuh, ia boleh membawa kepada anses buah dada yang merbahaya dan perlu dirawat segera (atau dibedah) untuk mengeringkannya.

So, walau betapa sakit dirasakan menghidapi mastitis, ia tidak menjejaskan bayi anda dan adalah selamat untuk bayi anda menyusu pada buah dada yang radang bengkak.  Bagi mastitis jenis infeksi pun dimana bayi anda akan menelan bakteria yang terkandung dalam susu yang terjejas, apa yang berlaku ialah bakteria akan dibunuh oleh asid dalam perut bayi anda.

4 comments:

  1. Saya sedang mengalami duktus tersumbat skg ni.. pelbagai cara dah buat utk hilangkannya namun masih sama sudah 1 minggu begini. Saya ada dptkan rawatan d klinik dan diberikan ubat antibiotik n panadol.. soalan saya bagaimana untuk menghilangkan ketulan ini sedangkan ianya sangat keras dan sekiranya tekan di kawasan tersebut (dgn tekanan yg sgt kuat) akan mengeluarkan cecair pekat bewarna kuning keju. TK..

    ReplyDelete
  2. Saya sedang mengalami duktus tersumbat skg ni.. pelbagai cara dah buat utk hilangkannya namun masih sama sudah 1 minggu begini. Saya ada dptkan rawatan d klinik dan diberikan ubat antibiotik n panadol.. soalan saya bagaimana untuk menghilangkan ketulan ini sedangkan ianya sangat keras dan sekiranya tekan di kawasan tersebut (dgn tekanan yg sgt kuat) akan mengeluarkan cecair pekat bewarna kuning keju. TK..

    ReplyDelete
  3. Saya dh taklarat dh bengkak teruk sebelah je hm punca nya puting tetk saya pendek baby tk mampu nak hisap :(

    ReplyDelete
  4. Slam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser..herba warisan ini terlalu berkesan…daun herba warisan…merawat dan membaik pulih…jangan sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi…
    sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin
    Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh
    NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    ReplyDelete