Thursday 19 September 2013

BARANGAN/KEPERLUAN YANG PERLU DIBAWA KE HOSPITAL SEMASA BERSALIN


Memandangkan aku dah 38 minggu sekarang..  Opcoz la persiapan nak ke hospital kene betol2 settle. Supaya tak la aku kelam kabut nanti dalam labour room. huhuhu

Aku akan senaraikan barangan yang perlu dibawa kehospital mengikut pengamalam aku la..  Senarai ni hanya untuk ibu2 yang bersalin di hospital keraajaan yerk..huhuhu.  Memandangkan yang first aku bersalin di Hospital Sultan Ismail, Johor kali ini pon aku nak bersalin kat sana.  Aku suka kat sane..  Bab suami boleh temankan kita dari start kite masuk labour room sampai baby keluar.  Wad n labour room nye pon selesa. Tak sesak. Layanan nurse n pelatih pon ok.  Tak de maasalah la bagi aku.  Walaupun mase bersalinkan Thaqif aku agak cerewet sampai doc datang tenangkan aku.  Tapi doc n nurse kat situ tetap sabo melayan karenah entah ape2 aku mase tuh.. hehehehe

Aduh..dah melalut plak dah..kan aku dah cerita dalam entry yg lepas2..huhuhu.. Dah2.. Kite fokus tajuk utama kita yerk...  Nak packing barang keperluan nak ke hospital...


Ok...  Yang paling penting adalah :-

  • Kad checkup pregnant (buku colour pink tu)
  • Ic
  • GL / Surat jaminan majikan / Kad insurans
  • Sebarang dokumen atau surat yang berkaitan
  • Handphone - penting untuk calling ahli keluarga nanti.
kalau boleh barang2 ni letak dalam satu fail supaya tak berterabur sane sini nanti.  Fail tu nanti byk kegunaan nye.  Contoh letak bil/resit hospital, surat beranak, rekod perkembangan baby (nanti keluar hospital nurse bagi) n pape dokumen penting..  Simpan sampai abis pantang..huhu.. Pas tu leh wat proper filing kalau rajin la..hehehe

Barangan keperluan ibu dan baby dalam labour room

Kalau mengikut pengalaman aku, ibu akan di masukkan ke dalam bilik saringan dulu, hubby perlu menunggu di satu ruang menunggu kat luar yang di khaskan untuk suami / ibu bapa. 

Pas tu bila dah masuk ke labour room, nurse akan panggil suami kite dan suruh stanby baju untuk sambut baby.  So aku dah asingkan siap2 baju baby dalam satu plastik.  Jadi bile nurse minta senang hubby terus keluarkan dari plastik tu.  Sebelum tu kene pesan awal2. Takut dia plak kalut t..hahaha

So ini dia barang yang nurse akan minta nanti :-
  • Baju lengan panjang (1 Pasang) - yang berbutang depan k
  • Sarung kaki dan tangan (1 pasang)
  • Pampers (1 keping)
  • Bedung / lampin (1 helai)
Barangan baby di wad

Lepas jerk barsalin, ibu dan baby akan di tempatkan di wad dahulu dan tak boleh terus balik ke rumah.  Bila kad wad kita kene jaga anak, bf dia, mandikan (yang part mandikan ni nurse yang wat pagi2), selain dari itu kite kene handle sendiri.  So kene la bawa senarai barang baby di bawah ke hospital jugek :-
  • Pampers (20 pcs) - bawa lebih pon tak pe.. Bab newborn ni kerap kencing n berak pas bf.
  • Baju lengan pendek dan seluar (5 pasang)
  • Baju lengan panjang dan seluar (4 pasang) 
  • Tuala mandi (1 Helai)
  • Toilettries baby - mandian, mintak telon, losyen, baby oil, bedak
  • Tuala kecil (3 helai)
  • sarung kaki n tangan (5 pasang)
  • Tisu basah
  • barut (4 helai)
  • Bedung (3 Helai)
  • Topi / Penutup kepala (2 helai) - pakai masa nak keluar hospital nanti.

Barangan ibu di wad

Kalau bersalin kat kerajaan bawa baju untuk balik jerk.  Bab kat hospital kita pakai baju hospital nanti. 
  • T-shirt (2 helai)
  • Sweater 
  • Tudung
  • Kain batik (2 helai)
  • Tudung (1 Helai)
  • Nursing bra (2 Helai)
  • Stokin (2 Pasang)
  • Disposable panty (5 helai) - bawa lebih lg bagus
  • Maternity pad (1 paket biase ada 20pcs)
  • Toilettries
  • Selipar
Barangan dalam bakul
  • Air masak
  • Air zamzam
  • Air selusuh
  • Cawan dan sudu
  • Milo / Holick
  • Biskut lemak
  • Termos
  • Tisu kotak
  • Plastik untuk isi baju kotor 
Ok.., siap...!!  Dah boleh check in kat hospital dah ni...hehehe..  Selamat bercuti yerk... hehehe

Eh jap.. Sebelum tu mari kita hafal doa sebelum bersalin ini semoga dapat meringankan kesakitan ketika bersalin nanti..

AMIN YA RABBAL ALAMIN

DUKTUS TERSUMBAT VS MASTITIS

Duktus tersumbat dan mastitis adalah perkara yang berkaitan dengan masalah penyusuan.

Ok aku nak bagitau ape yang di maksudkan dengan Duktus tersumbat dan mastitis.  Aku pon baru gek cari info mengenai masaalah ni.  Bab aku pernah alami nye semasa fully bresfeeeding Thaqif dulu.

DUKTUS TERSUMBAT (Ketulan sakit)



Terdapat 2 jenis duktus tersumbat. Jika anda mengalami benjolan bengkak di buah dada dan berasa sakit, lazimnya di setai radang kemerahan yang bertompok pada kulit berdekatan benjolan itu.  Ini di katakan "duktus susu tersumbat".  Malah duktus ini sebenarnya tidak tersumbat tetapi tisu di sekitar duktus susu itu radang dan menekan duktus tersebut.  Duktus tersumbat sebenarnya adalah martitis peringkat awal.

Duktus yang betul-betul tersumbat jarang berlaku dan selalunya berlaku dalam beberapa minggu atau bulan selepas ibu mula menyusukan.  Biasanya benjolan/ketulan sakit dan kadang-kadang terdapat juga tompok merah.

Pada peringkat awal, mungkin tiada jangkitan kuman yang  berlaku.  Namun, jika di biarkan tanpa rawatan, bakteria boleh menjakiti kawasan tersebut dan akhirnya, duktus susu tersumbat tadi akan bertukar menjadi martitis.

Kita boleh kesan Duktus susu tersumbat ini apabila dapati ada ketulan bengkak dalam payudara serta tompok merah di kulit payudara berdekatan ketulan itu.  Ketulan itu, mungkin menyakitkan apabila di tekan.. 

Masaalah duktus tersumbat boleh di selesaikan dengan memastikan bayi anda menyusu dengan efektif. Untuk melakukan nya bayi anda mesti melekap pada dada anda dengan rapat.

Buat masa ini ingatlah bahawa :-
  • Penting untuk terus menyusukan bayi anda walaupun ianya menyakitkan.  Menyusulah sekerap mungkin dan elakkan masa panjang di antara penyusuan.
  • Mempelbagaikan posisi penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik.
  • Mengambil panadol boleh membantu melegakan keradangan dan kesakitan.
  • Mengunakan brest pump selepas penyusuan boleh membantu mengeluarkan susu.
  • Mengurut buah dada anda sebelum dan selepas penyusuan adalah sangat efektif.
  • Meletakkan kain yang hangat atau sejuk di buah dada, bermandikan air panas dan urutan lembut juga boleh membantu.
Kadang2 aliran susu anda pada buah dada yg terjejas itu lebih perlahan daripada biasa dan ini mungkin menyebabkan bayi menjadi cerewet apabila menyusu pada buah dada tersebut.  Ia tidak akan menjejaskan bayi anda.

Adalah sangat penting untuk menyusukan bayi anda supaya bayi anda dapat menyalirkan buah dada anda dan mengeluarkan semua susu dan anda boleh mengelakkan daripada menghadapi martitis.

MASTITIS (Keradangan Buah Dada)




Mastitis adalah keradangan buah dada yang mungkin (dan kadangkala cepat) menjadi infeksi.  Ia akan membuatkan anda berasa seperti anda di jangkiti selsema pada masa-masa anda amat memerlukan seluruh tenaga anda.  Anda akan mendapati keadaan radang, keras, sakit atau panas dan bengkak di kawasan yang di jangkiti. Selain itu anda akan merasakan benjolan/ ketulan kecil sama seperti keadaan duktus tersumbat.

Tanda2 mastitis yang sering berlaku dan serius termasuk seram sejuk, sakit kepala, suhu badan melebihi 38.5 darjah C dan keletihan.  Simptom2 ini desebabkan oleh kongesi tisu di sekitar kawasan jangkitan.

Mastitis yang berasal dari infeksi mengkin berlaku disebabkan stasis susu atau serangan kuman.

Bukan hanya boleh di jangki oleh ibu2 yang fully bresfeeding tapi sesetengah ibu yang memberi susu formula juga boleh di jangkiti.  Mastitis juga jarang melibatkan kedua-dua buah dada pada satu masa.

Selalunye terjadinya mastitis ni di sebabkan bayi tidak mampu mengosongkan buah dada sepenuhnya semasa dia menghisap.  Biasenye punca masaalah terletak pada cara bayi melekap ke dada semasa menyusu.  Jika anda n bayi kurang tahu bagaimana lekapan dengan baik, susu tidak akan disedut keluar dengan efisien. Selain itu, tidak menyusukan mengikut rutin berjadual atau trauma kepada buah dada adalah salah satu punca terjadinya mastitis.

Cara merawatnya mudah jerk "jangan berhenti menyusu".  Jika anda berhenti penyusuan bayi ia akan lebih memudaratkan.  Jika anda berjumpa dengan doc, dia akan memberikan anda antibiotik.  Selain itu, doc akan menasihati anda supaya berbaring dan rehat, mengambil ubat penahan sakit dan bertuam di buah dada yang sakit.

Ada juga ibu yang enggan mengambil antibiotiksehingga mereka telah pasti tiada rawatan lain yang ada.  Apa yang penting adalah pengawasan diri sebab jika mastitis itu tidak beransur sembuh, ia boleh membawa kepada anses buah dada yang merbahaya dan perlu dirawat segera (atau dibedah) untuk mengeringkannya.

So, walau betapa sakit dirasakan menghidapi mastitis, ia tidak menjejaskan bayi anda dan adalah selamat untuk bayi anda menyusu pada buah dada yang radang bengkak.  Bagi mastitis jenis infeksi pun dimana bayi anda akan menelan bakteria yang terkandung dalam susu yang terjejas, apa yang berlaku ialah bakteria akan dibunuh oleh asid dalam perut bayi anda.

Wednesday 18 September 2013

TANDEM NURSING???



Aku salah seorang yang mengamalkan Tendem Nursing..  Apa itu Tendem Nursing?? Mungkin ade yang tahu and ade yang tak tau.. Tak pe.. Aku nak bagitahu gek..hehehe...

Tendem Nursing merupakan satu istilah yang di gunakan merujuk kepada perbuatan menyusukan 2 anak atau lebih yang bukan kembar dalam satu masa.  Atau perkataan yang mudah paham ibu menyusukan anak yang tua bersekali dengan anak yang baru lahir.  Kira berkongsi nenen ibu dengan adik beradik (kakak/abang) la..huhuhu


Mula2 aku ragu-ragu jugek la nak lakukan Tendem Nursing ni. So aku pon cari la info tentang hukum Tendem Nursing ni.. So hasil pencarian aku menguatkan lagi niat untuk melakukan Tendem Nursing ni..  Tapi Thaqif tak la fully bresfeeding lagi..  Dia dah minum susu formula start aku mengandung.  Bab aku tau Thaqif tak cukup dengan bergantung susu badan sepenuhkan ketika aku sedang hamil..  Sebab hormon2 kehamilan telah merencatkan penghasilan susu sehingga tidak mampu lg untuk meghasilkan susu yang cukup untuk Thaqif..Demi memenuhi kehendak ibu dan anak, aku tetap susukan dia sehingga sekarang dan mungkin sehingga usia nya 2 tahun. Ade juga doc nasihatkan supaye stop kn brestfeeding thaqif.. Tapi atas kedegilan aku.. Aku tetap susukan thaqif jugek..huhu  Tengok dia ok n releks jerk menyusu badan.. So, itu dah cukup mengambarkan yang dia berpuas hati menyusu badan walaupun keluar setitik setitik. Hehe.. 


Hasil Pencarian mengenai hukum tendem nursing bersama En Google kesayangan aku.. Ni la aku dapat...


Dari segi hukum, Islam tidak melarang ibu meneruskan penyusuan kepada bayi mereka sekiranya mereka di dapati mengandung.  Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w bersabda " Aku pada mulanya berhasrat menegah Al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)" (HR Imam Muslim dari Judamah Binti Wahab Al-Asadiyyah r.a)


Hasrat Nabi s.a.w  menegah perbutan tersebut adalah kerana di bimbangi perbutan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu.  Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi;  susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukai dan  mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya.  Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya.  Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda.  Imam An-Nawawi menegaskan; "Di dalam hadis ini terdapat keharusan Al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya" (Lihat; Syarah Soheh Muslim, Juz 10, Kitab An-Nikah, bab Jawaz Al-Ghilah..) 


Walahu a'lam....

So, tak perlu risau lagi la untuk menyusukan Thaqif.  Hehehe...


Lagi satu sape2 nak wat tendem nursing mase hamil kene la pastikan diri anda tidak tergolong dalam golongan yang berisiko untuk tendem nursing ni yerk..


Golongan yang di maksudkan berisiko dan tak di galakkan tendem nursing atau penyusuan ketika hamil adalah seprti berikut :-

  • Ibu yang pernah melahirkan bayi pra matang
  • Hamil Kembar
  • Menunjukkan tanda2 melahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan (Patot di beri perhatian kerana oksitosin boleh merangsang kontraksi dan boleh menyebabkan kelahiran pra matang)
  • Pernah keguguran
  • Mengalami pendarahan ketika hamil
  • dan lain2 kehamilan berisiko tinggi
Menurut kajian rahim tidak memahami "mesej" daripada oksitosin untuk memulakan kontraksi sehinggalah kandungan berusia lebih kurang 24 minggu.  So penyusuan sehingga kandungan berusia 20 minggu masih di anggap selamat.  So tak perlulah tergesa-gesa hentikan penyusuan anak sebaik sahaja mengetahui diri hamil. Boleh lah amik time ajar anak susu formula plak... Bagi yang ingin teruskan Tendem Nursing macam aku ni. Meh ler kita mengambil perkara2 di bawah bagi menjamin perkembangan kandungan yang sempurna, kesihatan ibu dan emosi anak yang menyusu.




Perkara yang perlu di tekan sekiranya ingin meneruskan Tendem Nursing atau penyusuan ketika hamil ialah :-

  • Sejarah perubatan
  • doktor mengesahkan yang kandungan anda berada dalam keadaan Ok dan boleh meneruskan penyusuan.
  • tahap keselesaan fizikal dan emosi
  • Usia anak dan keperluan penyususan (jika menyusukan anak yang berumur kurang dari enam bulan sewaktu hamil, anda perlu memantau perkembangan dan pertambahan berat badannya. Jika perkembangan nya tak cantik kene la campur dengan susu formula jugek yerk)
  • Pengambilan makanan berkhasiat
  • Mendapatkan berat badan yang sesuai/ideal
  • Mempunyai dan menikmati masa rehat yang mencukupi.
Selain itu, penting juga bagi ibu-ibu yang ingin melakukan tendem nursing ketika hamil tahu bahawa :-

  • Penyusuan sewaktu mengandung tidak akan menghalang janin mendapatkan zat makanan yang di perlukan
  • Ia tidak akan melemahkan tubuh ibu
  • Anda mungkin akan berasa letih dan tidak bermaya.  So rehatlah secukupnya.
  • Kita juga akan mengalami rasa sakit pada puting kerana puting menjadi lebih sensitif ketika hamil.
  • Amat penting bagi ibu2 mengambil makanan atau menepati diet mengikutkeperluan piramid makanan yang betul .  Minum air mengikut kuantiti yang di perlukan badan
  • Sewaktu mengandung kebanyakkan ibu akan mengalami masaalah dalam penghasilan susu di sebabkan oleh perubahan hormon.
  • Sewaktu trimester kedua, susu ibu akan bermula menjadi kolostrum.  Kuantiti dan rasa susu akan berubah secara mendadak.
  • Perlu di ingat, setelah anak berumur satu tahun,  susu bukan lah lagi diet utama anak.  Penyusuan pada waktu ini lebih kepda pengisian emosi yang tiada tolok bandingnya.
  • Ada sesetengah doc yang kurang support BF apatah lagi Penyusuan ketika hamil ini, So cubalah dapatkan pendapat kedua atau ketiga dari gynea yang berbeza, juga dapatkan pandangan dari pakar laktasi berkaitan isu ini.
  • Ada sesetengah pendapat mengatakan kalau hamil dan menyusukan anak, boleh mengakibatkan bayi dalam perut tak dapat zat yang mencukupi.  Setakat ini tiada kajian menyokong pendapat ini, anak anda tidak mencuri kolostrum dan lain-lain khasiat daripada adiknya yang masih dalam perut jika anak menyusu, kerana badan anda tahu yang mana perlu didahulukan.  Di sini uniknya ciptaan Allah di mana badan ibu itu sendiri akan menyalurkan zat yang secukupnya mengikut keperluan kandungan, susu untuk si anak dan keperluan ibu sendiri dengan syarat ibu itu mengambil makanan seimbang, menjaga kesihatan dengan baik dan mendapat rehat uang secukupnya dan sentiasa berdoa agar Allah permudahkan segalanya.
  • Jika ada yang mengatakan penyusuan boleh mengakibatkan keguguran, mungkin benar jika anda tergolong dalam golongan yang berisiko tetapi jika sebaliknya dan doc gynea mengesahkan yang anda selamat untuk meneruskan tendem nursing. InsyaAllah dengan izin Allag semuanya akan selamat.
Banyak juga lah pertayaan tentang menyusukan Thaqif ketika mengandung ni.  Kebanyakkan tak bagi aku susu kan si Thaqif ni..tapi jawapan aku cume "Senyuman" jerk la..  Hahaha...

Pas ni cabaran susukan dua anak yang bukan kembar pulak..  Mesti byk lagi pertanyaan nye.. N kata2 yang kekadang menyakitkan hati.. Tak pe..  Aku hanya balas dengan senyuman juga lah.. Yang pasti aku tau ape yang betul ape yang tak. Ape yang boleh n ape yang tak boleh wat..  Bab En. Google aku kan ade..hehehe.. Tapi bukan bergantung harap pada en google jerk...  Mesti la nasihat dari Doc yang pakar dalam hal ini lebih penting berbanding yang hanya bergantung pada kata orang dulu2.. Tapi kekadang kata orang dulu2 pon ade benarnya.  Kene la pandai dalam pencarian ilmu yerk kawan2..



Jangan jadi macam ni sudah ler..hehehe


Tuesday 23 July 2013

BABY DALAM KANDUNGAN KU TAK BERGERAK...

Risau jerk kan bile baby tak gerak lame. Hampir 7 jam..dah 2x dah baby ni wat mama cuak.. Kali ni mama nekad gek pi klinik.. Bab dari sahur tadi jam 5 pagi ank mama tak bg respon pon.. Walau dah goncang2.. Tepuk2.. Pon senyap jerk... Kol 12 tgh mama pi klinik..  Nasib la klinik tak ade orang..

Doc scan perot aku.. Tgk jantung bergerak normal.. Aku tgk aku lega sikit.. Pas tu doc tgk kaki. Memg baby tak nk bg respon langsung.. Doc belek sane.. Belek sini. Tetap tak de respon.. Doc pon muke dah nampak risau gek.. Takut2 terbelit tali pusat ke ape.. Aku lg la risau tahap dewa dah.. Doc soh tunggu 12 jam baru pi hospital. Dalam kol 5 ptg la.. 

Pas sesi scan, aku pon duduk di sebelah meja doc. Doc sarankn aku berbuka supaya leh pantau pergerakan baby samaada ada perubahan ataupun tidak.. Aku sebenarnye tak nk berbuka.. Aku tanya balik doc tu.. perlu ke aku berbuka.. Doc tanye stamina aku n kesihatan aku.. So far ok.. Cume letih jerk la.. Biase la.. Bln puase.. itu bukan alasan untuk aku berbuka..

Doc tu ada bagi tahu aku "ibu mengandung yang risau akan kesihatan diri dan anak di dlm kandungan, apabila meninggalkan puasa ramadhan, wajib qada dan fidyah"

Aku jadi serba salah.. Aku masih mampu berpuasa. So aku nk teruskan juga.. Puasa kan rukun Islam.. 

Dalam perjalanan balik.. Hubby tanya aku sama ada nak berbuka ke tak?? Aku pon serba salah. Aku ajak hubby pergi rumah mak mertua aku. Aku terus amik Thaqif n rehat kejap kat sofa.. Tak lame kemudian.. Anak aku tendang seperti biase.. Baby oh baby.. Jgn la wat mama risau cam ni lg k.. 

Huh.. Alhamdulilah.. Petang ni dah bergerak seperti biasa.. Boleh la mama senyum panjang.. :))))))))))


Skarang usia kandungan aku 29 minggu di dalam trimester ke3.. Amin..

Wednesday 17 April 2013

URI BAWAH

16.04.2013 aku pi la scan baby untuk kali kedua...  Mase ni aku 15 minggu.. Ok la tu kalau nak tgk ank aku  dalam perut ni sehat ke tidak..  Bab aku tengok perot aku tak sama mcm aku mengandungkan Thaqif dlu..  Mcm kecik sikit..  Ramai gek kata perot aku tak besau..  So aku pon nk scan nk pastikan keadaan baby ke-2 aku ni..

Mula-mula scan doktor kata perkembangan baby aku baik..  Tak de ape masaalah..  Besar pon ok jerk.. Tapi doktor tu kata ade masaalah sikit..  Masaalah uri..  Uri aku bawah..  Ni yang wat aku risau bebenor ni..  Bab hari tu baru melawat isteri member suami aku..  Dia kene operation bab masaalah uri bawah..  Tapi doktor tu bagi tau aku jgn risau sgt..  Bab dia kata masa nk bersalin dia boleh beralih ikot pergerakan baby..  Harap cam tu la..  Tapi walau cam ne pon aku risau gek ni..  Hurm...


Ni la hasil scan


Adik ipo aku de bg petua menaikkan uri melalu blog Life is variable ..  Tapi sampai la ni aku tak berkesempatan nk wat.  Bab aku ni mengejar mase uruskan ank n suami..  In syaa Allah akan aku usahakan..  Hehehe..

Bawah ni aku copy paste jerk dari blog dia...  Tapi aku pon tak tau kedudukan uri aku yang mana satu sebenarnye..hehehe..  Yang aku tau doktor tu kata uri aku kat bawah jerk...  Sila la baca untuk menambah pengetahuan yerk..  Hehehe

Inilah keadaan placenta previa. Saya tak sure saya ni jatuh pada kategori mana cz my gynea tak nak i stress. Cuma dia cakap hampir tutup pintu rahim tapi tak tutup. Yang mana satu entah..

Ini pula perbandingan antara normal placenta dan placenta previa
PETUA UNTUK MENAIKKAN URI


Senaman ini boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu : sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya’).


CARA : Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas, jika tidak mampu mengangkat kaki, cuba sandarkan ke dinding. Maksudnya kita baring dalam bentuk ‘L’ iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh. Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan. Paling penting, jangan memaksa diri sendiri. Kebiasaannya, bagi ibu yang sudah hamil ‘tua’ (trimester ke-tiga), memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.



Teknik pernafasan : Tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas, pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding). Dengan menggunakan satu nafas, cuba tahan nafas anda selama yang mampu. .


Cara menarik nafas juga penting, iatu dengan menggunakan perut dan bukan hidung. Maksudnya, bila kita menarik nafas menggunakan perut, kita rasa perut kita naik ke atas sedikit. Lepaskan nafas secara perlahan-lahan, dalam jangakamasa yang sama (lebih kurang sama ketika menahan nafas). Buat senaman dalam 10~15 kali untuk satu sesi senaman.

Ulang senaman selepas bangun pagi, sebelum menunaikan solat subuh atau sebelum matahari terbit.

Selain daripada senaman, cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. Pujuk bayi agak pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi. Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri, kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal, insya Allah.

Semoga dipermudahkan Allah, amiin.

Wednesday 27 March 2013

USIA KU SUDAH 25??

 Cam tak caya jerk usia aku sekarag dah 25 tahun.. Betul ke?? Hurm.. Yerk la.. Tarikh lahir 21.03.1988 mestilah dah mencapai 25 tahun..

Di usia 25 tahun ni aku sudah pon memiliki suami.. Walaupun kekadang tak berapa nak sweet n romantik..  Tapi dia adalah suami yang amat bertanggungjawap dan setia membantu aku mengurusakan rumahtangga...  Yang penting sekali dia sangat lah understanding... Alhamdulilah.....

Di usia aku 25 tahun ni juga.  Aku sudah memiliki seorang anak kecil yg comel n agresif. Hehehe... Usia nya kini 10 bulan.. Letih melayan karenah dia..  Tapi tak pe..  Yang penting anak mama sehat..  Dan dalam tahun ni juga akan hadir seorang lagi anak kecil yg comel..  Usia kandungan ku sudah mencecah 12 minggu..

Semasa di usia remaja ku..  Aku selalu berangan aku akan berkahwin setelah usia ku 25 tahun..  Tapi Allah lagi mengetahui segalanya... Aku di nikahkan bersama jodoh ku di kala usia ku 23 tahun.. Dan mendapat cahaya mata di usia 24 tahun.. Dan sekarang Allah menambah lagi rezeki ku dengan seorang lagi cahaya mata yang akan bersama family kecil ku pada bulan oktober nanti..  In Syaa Allah...  Aku berharap agar semuanya berjalan lancar dengan izin dari Nya...

Semuanya di tentukan oleh Allah...  Kita sebagai manusia hanya boleh merancang..  Walaupun aku bakal menerima anak yg di lahirkan setahun satu..  Aku amat bersyukur..  Mungkin ada hikmah di sebalik nya.. Aku hanya memohon supaya aku di beri kesihatan yang baik bagi menguruskan keluarga kecil ku.. "JS Family"

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan terima kasih kepada adik ipar ku.. Nama FB dia strongwomen norazimah bab sudi selebrate brithday aku and anis..  Kek nye sedap sgt.. Hehehe.. Hasil tangan kak ima (FB : Ima Ramli)


Majlis nya kecik2 jerk..  Si thaqif yang comel tu pon suka mkn kek kak ima tau..  Cantik kan kek dia?  Hehehe...


Ni la bahagian dalam kek..  Sedapnye...  hehehe..  Sponser by simah...  Hahaha...

Hadiah dari Hubby...??
Mesti la ada...  Sekalung rantai emas...  Hehehe...  Tak amik gambo la..  xcited sgt nak pakai.. huhuhu...  Tapi dia beri awal sgt.. Sebulan sebelum tarikh lahir dah bagi...  hehehe...  Tapi tak pe. Tu menandakan dia la orang pertama yg bagi aku hadiah brithday..  Hehehe... Terima Kasih sayang...  Love u so much... Muaahhh....