Wednesday 17 April 2013

URI BAWAH

16.04.2013 aku pi la scan baby untuk kali kedua...  Mase ni aku 15 minggu.. Ok la tu kalau nak tgk ank aku  dalam perut ni sehat ke tidak..  Bab aku tengok perot aku tak sama mcm aku mengandungkan Thaqif dlu..  Mcm kecik sikit..  Ramai gek kata perot aku tak besau..  So aku pon nk scan nk pastikan keadaan baby ke-2 aku ni..

Mula-mula scan doktor kata perkembangan baby aku baik..  Tak de ape masaalah..  Besar pon ok jerk.. Tapi doktor tu kata ade masaalah sikit..  Masaalah uri..  Uri aku bawah..  Ni yang wat aku risau bebenor ni..  Bab hari tu baru melawat isteri member suami aku..  Dia kene operation bab masaalah uri bawah..  Tapi doktor tu bagi tau aku jgn risau sgt..  Bab dia kata masa nk bersalin dia boleh beralih ikot pergerakan baby..  Harap cam tu la..  Tapi walau cam ne pon aku risau gek ni..  Hurm...


Ni la hasil scan


Adik ipo aku de bg petua menaikkan uri melalu blog Life is variable ..  Tapi sampai la ni aku tak berkesempatan nk wat.  Bab aku ni mengejar mase uruskan ank n suami..  In syaa Allah akan aku usahakan..  Hehehe..

Bawah ni aku copy paste jerk dari blog dia...  Tapi aku pon tak tau kedudukan uri aku yang mana satu sebenarnye..hehehe..  Yang aku tau doktor tu kata uri aku kat bawah jerk...  Sila la baca untuk menambah pengetahuan yerk..  Hehehe

Inilah keadaan placenta previa. Saya tak sure saya ni jatuh pada kategori mana cz my gynea tak nak i stress. Cuma dia cakap hampir tutup pintu rahim tapi tak tutup. Yang mana satu entah..

Ini pula perbandingan antara normal placenta dan placenta previa
PETUA UNTUK MENAIKKAN URI


Senaman ini boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu : sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya’).


CARA : Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas, jika tidak mampu mengangkat kaki, cuba sandarkan ke dinding. Maksudnya kita baring dalam bentuk ‘L’ iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh. Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan. Paling penting, jangan memaksa diri sendiri. Kebiasaannya, bagi ibu yang sudah hamil ‘tua’ (trimester ke-tiga), memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.



Teknik pernafasan : Tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas, pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding). Dengan menggunakan satu nafas, cuba tahan nafas anda selama yang mampu. .


Cara menarik nafas juga penting, iatu dengan menggunakan perut dan bukan hidung. Maksudnya, bila kita menarik nafas menggunakan perut, kita rasa perut kita naik ke atas sedikit. Lepaskan nafas secara perlahan-lahan, dalam jangakamasa yang sama (lebih kurang sama ketika menahan nafas). Buat senaman dalam 10~15 kali untuk satu sesi senaman.

Ulang senaman selepas bangun pagi, sebelum menunaikan solat subuh atau sebelum matahari terbit.

Selain daripada senaman, cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. Pujuk bayi agak pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi. Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri, kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal, insya Allah.

Semoga dipermudahkan Allah, amiin.