Thursday 19 September 2013

BARANGAN/KEPERLUAN YANG PERLU DIBAWA KE HOSPITAL SEMASA BERSALIN


Memandangkan aku dah 38 minggu sekarang..  Opcoz la persiapan nak ke hospital kene betol2 settle. Supaya tak la aku kelam kabut nanti dalam labour room. huhuhu

Aku akan senaraikan barangan yang perlu dibawa kehospital mengikut pengamalam aku la..  Senarai ni hanya untuk ibu2 yang bersalin di hospital keraajaan yerk..huhuhu.  Memandangkan yang first aku bersalin di Hospital Sultan Ismail, Johor kali ini pon aku nak bersalin kat sana.  Aku suka kat sane..  Bab suami boleh temankan kita dari start kite masuk labour room sampai baby keluar.  Wad n labour room nye pon selesa. Tak sesak. Layanan nurse n pelatih pon ok.  Tak de maasalah la bagi aku.  Walaupun mase bersalinkan Thaqif aku agak cerewet sampai doc datang tenangkan aku.  Tapi doc n nurse kat situ tetap sabo melayan karenah entah ape2 aku mase tuh.. hehehehe

Aduh..dah melalut plak dah..kan aku dah cerita dalam entry yg lepas2..huhuhu.. Dah2.. Kite fokus tajuk utama kita yerk...  Nak packing barang keperluan nak ke hospital...


Ok...  Yang paling penting adalah :-

  • Kad checkup pregnant (buku colour pink tu)
  • Ic
  • GL / Surat jaminan majikan / Kad insurans
  • Sebarang dokumen atau surat yang berkaitan
  • Handphone - penting untuk calling ahli keluarga nanti.
kalau boleh barang2 ni letak dalam satu fail supaya tak berterabur sane sini nanti.  Fail tu nanti byk kegunaan nye.  Contoh letak bil/resit hospital, surat beranak, rekod perkembangan baby (nanti keluar hospital nurse bagi) n pape dokumen penting..  Simpan sampai abis pantang..huhu.. Pas tu leh wat proper filing kalau rajin la..hehehe

Barangan keperluan ibu dan baby dalam labour room

Kalau mengikut pengalaman aku, ibu akan di masukkan ke dalam bilik saringan dulu, hubby perlu menunggu di satu ruang menunggu kat luar yang di khaskan untuk suami / ibu bapa. 

Pas tu bila dah masuk ke labour room, nurse akan panggil suami kite dan suruh stanby baju untuk sambut baby.  So aku dah asingkan siap2 baju baby dalam satu plastik.  Jadi bile nurse minta senang hubby terus keluarkan dari plastik tu.  Sebelum tu kene pesan awal2. Takut dia plak kalut t..hahaha

So ini dia barang yang nurse akan minta nanti :-
  • Baju lengan panjang (1 Pasang) - yang berbutang depan k
  • Sarung kaki dan tangan (1 pasang)
  • Pampers (1 keping)
  • Bedung / lampin (1 helai)
Barangan baby di wad

Lepas jerk barsalin, ibu dan baby akan di tempatkan di wad dahulu dan tak boleh terus balik ke rumah.  Bila kad wad kita kene jaga anak, bf dia, mandikan (yang part mandikan ni nurse yang wat pagi2), selain dari itu kite kene handle sendiri.  So kene la bawa senarai barang baby di bawah ke hospital jugek :-
  • Pampers (20 pcs) - bawa lebih pon tak pe.. Bab newborn ni kerap kencing n berak pas bf.
  • Baju lengan pendek dan seluar (5 pasang)
  • Baju lengan panjang dan seluar (4 pasang) 
  • Tuala mandi (1 Helai)
  • Toilettries baby - mandian, mintak telon, losyen, baby oil, bedak
  • Tuala kecil (3 helai)
  • sarung kaki n tangan (5 pasang)
  • Tisu basah
  • barut (4 helai)
  • Bedung (3 Helai)
  • Topi / Penutup kepala (2 helai) - pakai masa nak keluar hospital nanti.

Barangan ibu di wad

Kalau bersalin kat kerajaan bawa baju untuk balik jerk.  Bab kat hospital kita pakai baju hospital nanti. 
  • T-shirt (2 helai)
  • Sweater 
  • Tudung
  • Kain batik (2 helai)
  • Tudung (1 Helai)
  • Nursing bra (2 Helai)
  • Stokin (2 Pasang)
  • Disposable panty (5 helai) - bawa lebih lg bagus
  • Maternity pad (1 paket biase ada 20pcs)
  • Toilettries
  • Selipar
Barangan dalam bakul
  • Air masak
  • Air zamzam
  • Air selusuh
  • Cawan dan sudu
  • Milo / Holick
  • Biskut lemak
  • Termos
  • Tisu kotak
  • Plastik untuk isi baju kotor 
Ok.., siap...!!  Dah boleh check in kat hospital dah ni...hehehe..  Selamat bercuti yerk... hehehe

Eh jap.. Sebelum tu mari kita hafal doa sebelum bersalin ini semoga dapat meringankan kesakitan ketika bersalin nanti..

AMIN YA RABBAL ALAMIN

2 comments:

  1. waa suma da siap....good..selamat melahirkan dan selamat beramal..huhu


    (mak nana)

    ReplyDelete
  2. Hai sy nak tya klau saya masuk wad bkn utk bersalin tapi utk buat operation biasa kene bw baju sepanjanj duduk wad atau HSI sediakan baju

    ReplyDelete