Mula-mula scan doktor kata perkembangan baby aku baik.. Tak de ape masaalah.. Besar pon ok jerk.. Tapi doktor tu kata ade masaalah sikit.. Masaalah uri.. Uri aku bawah.. Ni yang wat aku risau bebenor ni.. Bab hari tu baru melawat isteri member suami aku.. Dia kene operation bab masaalah uri bawah.. Tapi doktor tu bagi tau aku jgn risau sgt.. Bab dia kata masa nk bersalin dia boleh beralih ikot pergerakan baby.. Harap cam tu la.. Tapi walau cam ne pon aku risau gek ni.. Hurm...
Ni la hasil scan
Bawah ni aku copy paste jerk dari blog dia... Tapi aku pon tak tau kedudukan uri aku yang mana satu sebenarnye..hehehe.. Yang aku tau doktor tu kata uri aku kat bawah jerk... Sila la baca untuk menambah pengetahuan yerk.. Hehehe
Inilah keadaan placenta previa. Saya tak sure saya ni jatuh pada kategori mana cz my gynea tak nak i stress. Cuma dia cakap hampir tutup pintu rahim tapi tak tutup. Yang mana satu entah..
Ini pula perbandingan antara normal placenta dan placenta previa
PETUA UNTUK MENAIKKAN URI
Senaman ini boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu : sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya’).
CARA : Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas, jika tidak mampu mengangkat kaki, cuba sandarkan ke dinding. Maksudnya kita baring dalam bentuk ‘L’ iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh. Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan. Paling penting, jangan memaksa diri sendiri. Kebiasaannya, bagi ibu yang sudah hamil ‘tua’ (trimester ke-tiga), memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.
Teknik pernafasan : Tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas, pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding). Dengan menggunakan satu nafas, cuba tahan nafas anda selama yang mampu. .
Cara menarik nafas juga penting, iatu dengan menggunakan perut dan bukan hidung. Maksudnya, bila kita menarik nafas menggunakan perut, kita rasa perut kita naik ke atas sedikit. Lepaskan nafas secara perlahan-lahan, dalam jangakamasa yang sama (lebih kurang sama ketika menahan nafas). Buat senaman dalam 10~15 kali untuk satu sesi senaman.
Ulang senaman selepas bangun pagi, sebelum menunaikan solat subuh atau sebelum matahari terbit.
Selain daripada senaman, cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. Pujuk bayi agak pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi. Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri, kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal, insya Allah.
Semoga dipermudahkan Allah, amiin.